Merawat demam campak.
Ambil
beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit
beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke
seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak
cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).
Khasiat kapur sirih
Kapur
sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih,
lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan
yang baik untuk menggunakan kapur itu.
Kapur
baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit
kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam
masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.
Untuk
menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan
menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih,
kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga
kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.
Pulihkan kulit melecur.
Hiris
ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur.
Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas
dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
Anak-anak kencing malam
Jika
anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum
bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir
hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan
minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya.
Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba
yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.
Menormalkan suhu badan.
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga
Menghilangkan parut
Untuk
menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka
atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan
kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang
sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar
itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan
disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan
beberapa kali.
Pulihkan bengkak di kaki.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh
Menghilangkan bau badan
Caranya
mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan
ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi
dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini
perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak
tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan
akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan
merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara
merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun
biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari
menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian
kita.
Menghilangkan bau badan.
Ambil
beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek
dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu
dijadikan air mandian
Hilangkan batuk
Anda
dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun
pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini
digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan
disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda
diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang
bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda
didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor
Mari hapuskan kelemumur.
Ambil
beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur.
Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua
(2) kali sebelum mandi.
Mengelakkan kulit berparut selepas bersalin
Dalam
masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit
hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti biasa.
Pada hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan perut dengan air
asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa.
Jika anda mengamalkan ini dengan tekun nescaya perut anda tidak akan
kelihatan pecah-pecah ataupun berparut
Menghilangkan bau badan
Dengan
hanya menggunakan beberapa helai daun sirih, anda dapat menghilangkan
bau peluh dibadan anda yang merimaskan diri anda sepanjang hari. Caranya
sebelum anda mandi gosoklah badan anda (keseluruhan) dengan beberapa
helai daun sirih. Tentukan dibahagian sudut anggota badan anda dapat
digosokkan dengan baik. Selepas itu barulah anda bersihkan badan dan
terus mandi. Hasilnya badan anda tidak akan berbau peluh lagi walaupun
pada suatu waktu badan anda terlalu banyak mengeluarkan peluh. Bagaimana
pun amalkan dua tiga kali dalam sebulan.
Menghilangkan panau.
Ambil
lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih.
Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan
diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.
Melegakan tekak akibat batuk
Asam
jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh dijadikan
ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat
batuk. Caranya ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan
air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan kedalam
botol kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam
jawa yang pekat tadi kedalam air selama satu malam. Keesokan harinya,
minumlah, mudah-mudahan tekak anda akan merasa lega dan suara tidak lagi
serak.
Meredakan batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.
Menghitamkan alis mata
Mula-mula
anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar
hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus,
setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak
buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada
kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga
ke pangkalnya, rata tapi tipis…
Lakukan
begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya
memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.
Mengubati penyakit jantung.
Ambil
kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung)
dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu
sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat
dalam tempoh 3-4 bulan.
Kuku mencengkam
Sakit
pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda
menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu,
ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi. Apa yang boleh
anda lakukan cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran
sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh
ditengah tempat anda membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk
seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi
cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan
inai yang sudah ditumbuk lumat, amalkan sehingga sembuh.
Merawat darah tinggi.
Ambil
seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah
hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi.
Amalkan meminumnya selama satu bulan
Merawat Kudis
Kudis
merupakan penyakit yang sering diidapi oleh anak-anak. Selain daripada
ditubuh badan anak-anak juga ada yang mengidap kudis dikepala. Untuk
merawatnya, ambil beberapa helai pucuk daun keriang, sedikit daun
ribu-ribu, mata kunyit dan beras, giling hingga lumat berserta sedikit
air. Kemudian sapukan bahan ini pada kudis-kudis itu.
Menghilangkan jerawat batu.
Kulit
yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama
bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga
halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga
kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.
Supaya gigi terlihat lebih putih
Ada
satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam
halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan
dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja
memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi
anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang
kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi
ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.
Hapuskan pecah-pecah telapak kaki.
Ambil
buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah. Kaki yang
pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu. Kemudian barulah digosok
sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering
supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan
air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak
kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan
hilang.
Ubat sakit gigi
Caranya
paling mudah iaitu dengan mengambil buah tomato muda kemudian dibelah
dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil kedalam gigi anda
yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar
dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila
terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi
sakit gigi lagi.
Masalah cirit-birit
Bagi
mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk
jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas
bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu.
Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi
sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula
Menyembuhkan gusi bengkak
Jika
anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah
kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi
juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang
menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Di sini diberikan
beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah
ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau
kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi
anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti
sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan
yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.
Pulihkan sakit tekak.
Jika
anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam
keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus.
Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu
sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan
sembuh seperti sediakala.
Sakit kepala
Ambil
sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan
pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan
semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering
dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman
tetapi akan mengelupas dalam sehari dua Insya Allah akan beransur baik.
Rambut
1.
Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang.
Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
ula-mula
ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu
sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata
kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit
kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
Amalkan sekurang²nya seminggu sekali.
2.
Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.
Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.
Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada
setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan
selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
Menghilangkan parut jerawat
Cara
: Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh
dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci
muka dengan air suam. Selamat mencuba.
Hilangkan karat pada gigi
Cara
untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji
asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus.
ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan
setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
Legakan Sakit kepala
Sakit
kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih
kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian
tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda
akan berkurangan dan anda akan berasa segar.
Kurangkan kadar kolestrol
Perah
sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan
meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan
berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa
seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.
Kulit Berkedut
Ambil
sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan
sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau
hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan
sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan
air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.
Sakit Gigi
Ambil
sebatang serai dan titik bahagian hujungnya. Salai seketika diatas api
dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan
berkurangan.
Senggugut
Ambil
sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk
halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini
sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah
mujarab.
Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil
tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu
menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya ,
insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa
sakit.
Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan
3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah
dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan
lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras
yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air
yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi.
InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya
setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak
perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa
minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di
dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan
air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci
muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit
bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya,
potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah
dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam
segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit
yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama
bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga
halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga
kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil
sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di
tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah
keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
Caranya
sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air
kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur
dengan air).
Melegakan selsema bayi
Ambil
sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada
batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi
anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Menghilangkan parut luka
Bekas
parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah
bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan
kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada
parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang
dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan
kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil
sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan
hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang
kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi
ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah
mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil
yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut
hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini
dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum
menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping
asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal
lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan
kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan
air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan
bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Memudahkan bayi buang air besar
Jika
bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan
gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian
sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah
petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah
sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
Jika
anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada
muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian
tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi
mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk
jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas
bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu.
Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi
sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca
terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku
pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil
sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg
berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Penawar Resdung
Petua
yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke
dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah
hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga
selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan
ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke
pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.
Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil
sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di
sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih.
Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil
tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan
terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan
air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke
muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat
menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan
menjadikan kulit kita segar…
Menghilangkan Cagu
Perahkan
sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan
selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam
daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada
cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyembuhkan Demam
Ambillah
segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan
sehelai kain (diperah dan ambil patinya). Kemudian air pati itu diminum.
Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan merasa perubahannya.
Menyerikan Wajah
Wanita
yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah
mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali
sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan
berserilah wajah anda.Selamat mencuba.
Selsema
Ambil
buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan
susu) yang panas/suam lalu diminum atau minumlah air rebusan pokok
kadok/sirih duduk. Untuk bayi ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau
nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau
nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan
pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana
tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan
selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Mata bengkak
Mata
bengkak biasanya disebabkan oleh lebihan air pada bahagian mata. Ia di
sebabkan oleh kekurangan tidur, stress atau keliling mata berlemak. Oleh
kerana itu anda perlu berikah perhatian lebih kepada kesihatan mata.
Anda boleh mengelakkan masalah ini. Misalnya, pastikan makan malam tiga
jam sebelum tidur. Hindari juga minum dengan banyak. Krim malam juga
boleh menjadi punca masalah ini. Teliti krim malam anda. Pastikan
formula krim malam anda tidak terlalu berat. Rehatkan mata anda dengan
uncang teh yang basah. Letakkannya di tengah-tengah mata dan biarkannya
sehingga kering. Asid tannic dalam teh dapat berfungsi sebagai
astringent. Senaman mata juga penting. Caranya, lirikkan mata anda ke
beberapa arah berbeza. Lakukannya dengan kerap. Latihan ini berfungsi
untuk merehatkan otot mata dan membantu mengurangi cairan.
Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum
air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada
hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan
akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga
wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut
Ambil
secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air
suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan
pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan
air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan
sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama
sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu
lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Mengatasi semut masuk dalam telinga
Kadang-kadang
ada antara anak anda atau anak-anak jiran yang telinganya dimasuki oleh
serangga seperti semut yang sukar untuk dikeluarkan. Biasanya keadaan
ini berlaku apabila bangun dari tidur ataupun suka bermain
disemak-semak, khususnya pada anak lelaki. Mengeluarkan semut tersebut
memang satu perkara yang paling menyulitkan sekali, semakin dicungkil
untuk dikeluarkan semakin dalam masuknya dan makin menyakitkan.
Sebenarnya ada satu cara yang paling baik untuk dilakukan biasanya
dilakukan oleh kebanyakan orang tua-tua. Apa yang perlu anda lakukan
ialah dengan mengambil kapur sirih sebaik-baiknya yang lembut yang telah
banyak terendam dengan air. Sapukanlah kapur sirih tadi pada sekeliling
telinga anak anda bahagian luar telinganya sahaja. Biarkan seketika
pasti semutnya akan keluar dengan sendirinya. Inilah dia petua orang
tua-tua.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Rambut merah dan bercabang
Jika
anda mendapati rambut anda merah dan bercabang, janganlah merasa
runsing, sebaliknya cubalah mengubatinya sendiri. Caranya terlalu mudah
dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah didapati. Anda hanya
perlu ambil air dari rebusan kangkung tadi dan didinginkan dan tiris
dia dari daunnya. Kemudian anda ambil air daun tadi dan cucuklah atau
siramkan kepada rambut anda yang telahpun dicuci bersih. Lakukanlah
setiap hari sambil rambut tadi diramas-ramaskan dengan air daun kangkung
itu. Hasilnya anda akan mendapati rambut anda yang merah dan bercabang
itu akan segera menjadi hitam dan sihat.
Menghilangkan Parut
Ambil
sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn
terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan
sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Khasiat bawang
1. pening kepala:
potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
ambil
tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta
setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
makan
seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali
sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air
wap bawang putih.
4. susah hadam:
rebus
bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu
haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan
krim sapuan roti. amalkan selalu.
Kalau kaki dimakan air
Mula-mula
anda ambillah gambir yang telah anda tumbuk halus kemudian campurkan
dengan minyak kelapa, kacau biar sebati dan sapukanlah kepada bahagian
kaki anda yang tadal dan pedih itu. Buatlah selalu, pasti rasa sakitnya
akan hilang tidak berapa hari kemudian.
Melebatkan Rambut
Ambil
daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu
madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Susah buang air besar
Jika
anda menghadapi masalah sukar buang air besar setiap pagi cuba amalkan
panduan ini, ia mungkin boleh memberikan bantuan kepada anda jika
didapati sesuai dengan tubuh anda. Caranya amat mudah iaitu minum air
kopi pahit yang tidak diberi gula sedikitpun, tetapi anda campurkan
sedikit garam pada kopi tadi. Sesudah dibancuh pekat anda minumlah
sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkan pasti anda akan
buang air dengan mudah dan lancar sekali.
Awet Muda
Semasa
berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah
seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil
segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam.
Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Alergi pagi
Setengah
orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila
bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya
bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali
hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini
terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung
anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali
nescaya bersin anda akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil
sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan
seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Sembuhkan kurap
Kurap
adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan. Sungguhpun
dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang mengidap penyakit
ini, namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk mengelaknya. Disini
akan diperturunkan satu cara tradisi dalam menghapuskan penyakit kurap.
Iaitu dengan menggunakan kapur sirih bersama kunyit hidup yang telah
ditumbuk lumat. Lepas itu lumurlah ke tempat yang ditumbuhi kurap tadi.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan
getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan
getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan
beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut
Ambil
air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu
pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas
bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat
perut sahaja,amalkan setiap malam.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau
mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di
samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat
dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Hilangkan bengkak
Banyak
petua atau cara hendak mengubati penyakit bengkak-bengkak dikaki atau
tangan (bukan biri-biri). Setengah petua tidak serasi dengan penyakit
tersebut. Bagi mereka yang sudah banyak mencuba beberapa petua tradisi
untuk mengubati penyakit tersebut, tetapi tidak juga sembuh-sembuh,
cubalah pula satu lagi petua tradisi seperti dibawah.
Setakat
ini petua ini begitu menjadi dan didapati begitu sesuai untuk penyakit
tersebut. Ambilkan daun betik dan rebus sehingga mendidih. Kemudian,
campurkan garam secukup rasa. Minumlah air tersebut satu gelas tiap-tiap
hari dalam masa dua minggu. Bengkak-bengkak di kaki dan tangan anda
akan kembali surut tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan.
Buang sampah di mata
Pernahkah
mata anda dimasuki sampah atau habuk. Jika ini terjadi tentunya mata
anda terasa pedih atau kesat sehingga menganggu penglihatan anda. Kadang
kadang jika ini terlalu serius, mata anda akan menjadi merah dan
bengkak-bengkak. Bila berkeadaan begini apakah tindakan anda?. Mengikut
petua, anda disyorkan mencampurkan beberapa butir garam kedalam air
suam-suam panas. Seelok-eloknya isikan air kedalam besen. Cecahkan muka
anda kedalam air dan kenyit berulang-ulang sehingga mata anda terasa
ringan. InsyaAllah sampah atau habuk yang terlekat pada mata anda akan
hilang kedalam air.
Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut .
1)
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti
sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum
haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan
kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat
menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat
senggugut selama 3 bulan berturut-turut .
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus
segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India)
di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam,
sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga
kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit
tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil
beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan
ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.
Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan
selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Mengempiskan Perut
Asam
jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman.
Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air
kecil.
Mengelak perut buncit
Sekiranya
anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai
makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat
mengelakkan perut buncit.
Menyegarkan Mata
Ambil
timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk
berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
Perap
ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah
anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Sihat Tubuh Badan
Setelah
solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan
jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg
masih berembun .
Mengurangkan penyakit kencing manis
Selain
dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda
juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus. Kemudian
embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk. Minumlah parutan
lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya.
Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Petua ini
juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk
memperbanyakkan air susu.
Melangsingkan Tubuh
Dua
biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn
sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari.
Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Bagi ibu yang mengandung
Bagi
wanita yang hamil selalunya akan mengalami mabuk, dan muntah-muntah.
Untuk mengatasi masalah ini, ambillah tujuh tangkai pucuk kecil jambu
batu (jambu biawas) dan tumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah lumat,
campurkan dengan segelas air suam dan biarkan ia hening. Bila sudah
hening bolehlah diminum. Ini perlu diamalkan selama tiga (3) hari
berturut-turut, iaitu pada tiap-tiap pagi.
Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk
kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit
air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di
bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan
beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik
hitam dan jerawat di wajah.
Melangsingkan badan
Tumbuk
5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu
dengan air suam-suam kuku dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu
hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari
pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa
lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan
menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini
kerana badan anda akan menjadi kurus kering nanti.
Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam.
Merawat penyakit buasir.
Cara
untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna
kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian
yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
DISCLAIMER : RESULT MAY VARY FROM PERSON TO PERSON
No comments:
Post a Comment